Bagi  mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahu  bagaimana untuk mengukuhkannya. Sekiranya kasih sayang nampak semakin  pudar, cepat-cepatlah pulihkannya. Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu. (sbb tu banyak kes penceraian yg kita pernah dengarkn)
Teringat  kisah seorang kawan yang sedang menghadapi krisis dengan suaminya iaitu  Noraini (bukan nama sebenar) dan suami, Ismail (bukan nama sebenar).
Menurut  Noraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidak  menyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankan  tanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak. Masalah  di sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteri  yang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh. Kata  Noraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepada  anak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib.
Namun,  Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami juga  masih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandai  untuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakin  pudar. Inilah antara asam garam kehidupan rumah tangga  yang sentiasa berada dalam ranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh  perasaan dan ikatan yang ada sebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur  ke tanah.
Bagi  membantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikut  beberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yang  semakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.
Apa yang anda boleh dilakukan
- Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.
-  Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong  atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.
- Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara.
- Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.
- Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri.
- Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami.
- Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.
- Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.
- Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.
- Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.
-  Ketika suami sedang marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan  meredakan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.
- Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.
- Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.
- Fikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.
InsyaAllah tips ini dapat membantu memulihkan rasa kasih dan sayang kita pada suami ataupun isteri... 
.gif)
No comments:
Post a Comment